MUAR: Seorang remaja perempuan terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi Muar mengarahkannya dipenjara pada satu tempoh sehingga mendapat pengampunan Sultan Johor selepas didapati bersalah membunuh suaminya, lima tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Awang Armadajaya Awang Mahmud membuat keputusan ke atas remaja yang kini berusia 22 tahun tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, remaja yang ketika itu berusia 17 tahun didakwa membunuh suaminya, Mohd Firdaus Md Sallehuddin, 28, di sebuah rumah di Jalan Indah 6, Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini, kira-kira pukul 1.30 tengah hari, 14 Okt 2017.
Remaja berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, Awang Armadajaya dalam penghakimannya berkata, seseorang di bawah umur tidak boleh dikenakan hukuman mati, tetapi boleh dipenjara sehingga mendapat perkenan Sultan Johor.
"Oleh kerana pada tarikh kejadian kamu berusia 17 tahun 11 bulan dan 10 hari maka kamu ditakrifkan sebagai kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Kamu tidak boleh dijatuhkan hukuman mati. Kamu dijatuhkan hukuman di atas kehendak dan ihsan Sultan Johor sehingga satu masa yang ditetapkan. Kamu boleh merayu kepada Lembaga Pengampunan dan Sultan Johor untuk sebarang peringanan hukuman.
"Jika kamu dewasa saya terpaksa jatuhkan hukuman mati. Bersyukur kepada Allah kamu terselamat daripada hukuman mati. Saya doakan supaya kehidupan kamu selepas ini menjadi lebih baik, jadi orang bermanfaat, berguna kepada masyarakat dan keluarga. Saya sudah mendengar rayuan peguam kamu yang mana kehidupan kamu penuh dengan dukacita," katanya.
Berdasarkan fakta kes, pesalah menikam suaminya menggunakan pisau pemotong sayur di bahagian dada di kediaman milik majikan suaminya yang bekerja sebagai pembantu kedai menjual ayam di sebuah pasar dan kejadian itu berlaku selepas kira-kira lima bulan mereka mendirikan rumah tangga.
Sepanjang perbicaraan yang berlangsung sejak 2017, tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan iaitu pesalah serta bapa angkat dipanggil memberi keterangan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azfar Mahmod dan Mustaqim Sukarno manakala peguam Yoong How Kiat mewakili tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022
Keputusan ke atas remaja tersebut dibuat selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Suami ditemui mati dengan kesan cekik, isteri ditahan
Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat suaminya dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Tanjung Rambutan di sini pada Selasa.
'Pengantin kanak-kanak' bunuh suami dihukum gantung sampai mati
Samira dipenjarakan sejak sedekad lalu dan dihukum bunuh ketika waktu subuh pada Rabu di penjara Ghezel Hesar.
Isteri dituduh bunuh suami bersama rakan sekerja
Tertuduh didakwa membunuh Arshdeep Singh di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Jaya pada jam 1.30 pagi, 31 Oktober 2021.
Suami dibunuh, dikerat 22 bahagian angkara curang
Kedua beranak tersebut mengaku melakukan jenayah kejam itu dan mendakwa suaminya menjalinkan hubungan sulit.
Reman wanita bunuh suami, rakan subahat disambung enam hari lagi
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata perintah reman berkenaan dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Dhilip Nair.
Remaja bunuh suami terlepas hukuman gantung
Mahkamah Tinggi Muar mengarahkannya dipenjara pada satu tempoh sehingga mendapat pengampunan Sultan Johor selepas didapati bersalah membunuh suaminya.
Bunuh: Mahkamah arah suri rumah dipantau di Hospital Permai
Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat mengarahkan seorang suri rumah yang dituduh menikam mati suaminya pada 23 Januari lalu direman sebulan di Hospital Permai, Johor Bahru.
Bekas calon PRK didakwa bunuh suami, beremosi di mahkamah
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Dakwaan bunuh suami, wanita dihadap ke mahkamah
Seorang operator kilang sarung tangan didakwa di Mahkamah Majisteret Selayang hari ini, atas pertuduhan membunuh suaminya, minggu lalu.
Isteri berang bunuh suami dengan air gula mendidih
Corinna mengaku mencampurkan tiga beg gula ke dalam air panas sebelum menyiramnya ke badan Michael Baines, 80.